Pengenalan

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillah syukur pada Allah. Selawat dan salam sayang buat Rasul junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ahlan wa Sahlan ke weblog

KARISMA UiTM SEGAMAT

 

Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali. (Surah Hud: 88 )

Sejarah Penubuhan

KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT). Dilancarkan pada 2 Mei 1999, KARISMA mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Rasional Penubuhan

Usaha dakwah dan pengislahan di kalangan masyarakat, khususnya warga kampus sewajarnya digerakkan oleh golongan mahasiswa itu sendiri melalui penglibatan strategik di peringkat IPT, negeri dan nasional. Ini didasarkan di atas kesedaran bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang mampu menjadi anasir pembaharuan ke arah kebaikan (islah) dengan membawa mesej Islam kepada masyarakat umum dengan berkesan.

Kenyataan Visi

 

Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana perubahan ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia”

Kenyataan Misi

Beriltizam untuk melahirkan mahasiswa du’at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sakhsiah, kepimpinan dan akademik melalui program pembangunan insan yang komprehensif’

Menggembleng tenaga mahasiswa ke arah merealisasikan Fikrah Islam Dominan Alam Kampus (FIDAK) menjelang 2015”

———————————————————————————————

Motto

 

Mahasiswa Du’at Teras Kepimpinan

———————————————————————————————

Objektif Penubuhan

1. Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin di kalangan mahasiswa

2. Menggerakkan penglibatan mahasiswa dalam proses pengislahan masyarakat

3. Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan semua pihak

 

 

One Response to Pengenalan

  1. JK Pelapis KnL says:

    Bg yg BELUM hntr database(ikut templet TRBARU),laporn SAMPEL(sambutn plajar baru)&database mad’u(ikut sistm warna).send ASAP;abidzahida85@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: